Sunday 23 October 2016

Si busuk tersedar daripada khayalnya. Dia memerhatikan sekeliling. Dia masih di tempat yang sama. Di bawah jambatan lama berdekatan dengan parit yang sudah keruh airnya. Si busuk tidak hairan dengan semua itu. Asalkan dia ada tempat untuk berehat pada waktu malam selepas seharian dia penat mencari apa apa untuk dimakan. Pagi itu si busuk pergi ke pekan. Dia hendak mencari makanan kerana sudah seharian dia menahan lapar kerana bekalan wangnya terputus. Tetapi tidaklah dia kisah atau merungut akan hal itu. Di pertengahan jalan dia berjumpa dengan seorang lelaki tua yang sedang menjijit bunjut kain pelikat. Kelihatan orang tua itu sangat letih dan dia menunjukkan isyarat haus kepada si busuk. Si busuk yang punya rasa ingin membantu terus mengambil botol di atas jalan raya dan kencing di dalam botol tersebut kerana itu sahaja solusi yg terlintas di mindanya untuk mendapatkan air. Selepas selesai mengencing, dia terus memberi botol itu kepada orang tua dan orang tua itu terus meneguk air itu dengan rakus.

"Terima kasih anak muda, sungguh mulia hatimu membantu aku. Sudah seharian aku kehausan,"
Si busuk menggaru punggungnya yang gatal.
"Tak mengapa orang tua, sudah tanggangungjawab sosial membantu manusia yang kesusahan,"
Orang tua itu mendekati si busuk yang sedang menggaru punggungnya. Dia mengeluarkan sesuatu daripada bunjut kain pelikat yang dibawa.
"Anak muda, sebagai ganjaran terimalah pemberian aku ini. Ambil lah. "
Orang tua itu memberi sebuah papan digital kepada si busuk. Si busuk memandang objek itu dengan perasaan yang kaget.
"Apa ini orang tua? Pertolongan aku tadi tidak memerlukan timbal balas. Aku ikhlas."
"Ambil ni. Barang ini memudahkan kau untuk meneruskan kehidupan kau nanti"
Si busuk diam dan berfikir. Apa salahnya dia terima. Mana tahu papan ini boleh buat dia jadi kaya.
"Baiklah orang tua, terima kasih" si busuk terus berlalu.

Sepanjang perjalanan, si busuk membelek papan digital yang diterimanya. Dia menekan apa-apa imej digital yang terhasil dalam papan digital itu. Si busuk jadi teruja. Tiba tiba papan digital itu mengeluarkan perkataan "past" pada bahagian kiri dan "future" pada bahagian kanan. Tanpa memikirkan apa-apa, si busuk terus menekan butang "past". Papan digital terus menjadi gelap tanpa memaparkan sebarang imej. Si busuk  termangu sambil membuat reaksi muka pelik. Tiba-tiba si busuk rasa badannya melayang laju seperti terangkat ke langit. Dia menjerit sekuat hati.
"Apa sial tiba-tiba boleh terbang ni. Arghhhhhhhhhhhh"
Dalam masa 10 saat si busuk tiba di sebuah kawasan hutan. Papan digital masih lagi kemas dalam genggamannya. Si busuk menggaru kepalanya yang tidak gatal. Di manakah dia?

Si busuk berjalan dengn harapan untuk mencari jalan pulang. Dia cuba untuk menelan setiap kejadian yang berlaku pada dirinya. Akhirnya si busuk tiba di sebuah kawasan kampung di pinggir hutan. Keadaan perkampungan ini sangat berbeza dengan apa yang dilihatnya selama ini. Tempat ini masih lagi menggunakan sampan untuk menyeberangi sungai. Pemakaian mereka juga berbeza. Lelakinya berambut panjang dan memakai tengkolok. Perempuannya pula manis mengenakan kebarung dan menutup kepala menggunakan kain batik. Si busuk rasa haus. Dia mengambil keputusan untuk singgah ke sebuah rumah untuk meminta sedikit air.
Setibanya si busuk disebuah rumah, dia cuba mengetuk pintu dan memberi salam. Selang beberapa saat pintu rumah papan itu dibuka dan muncul seorang lelaki tua. Dia terpana. Ini bukankah lelaki tua yang dia tolong tempoh hari sebelum dia tercampak ke sini?
"Err, saya pernah lihat wajah pakcik masa di jambatan tempoh hari. Apa pakcik tinggal disini?"
Si busuk bertanya. Dia makin keliru dengan keadaan sekeliling. Tidak sama dengan hari-hari yang dilaluinya selama ini. Dia ingin pulang!
"Iya anak muda, aku lah manusia yang kau tolong tempoh hari, jemput lah masuk,"
Si busuk mengikut orang tua itu masuk ke dalam rumah. Keadaan rumah itu jauh berbeza dengan keadaan sekeliling yang dia lihat di luar rumah. Di dalam rumah orang tua ini sangat moden. Lebih moden daripada zaman yang dia duduki. Di ruang tamu rumah orang tua ini penuh dengan mesin dan layar di dinding yang boleh disentuh.  Dia jadi aneh. Dia sebenarnya dimana?
"Tumpang tanya, aku panik ni. Macam macam benda yang aku tak boleh terima jadi pada diri aku. Kita ada di tahun berapa ni?"
"1550"jawab orang tua itu ringkas.
"What the ffff, serius la? Apahal aku ada kat sini. Kenapa aku?!!" Si busuk sudah tidak keruan. Makin pening dia nak hadam semua perkara yang berlaku. Orang tua itu jalan mundar-mandir dihadapan si busuk.

"Kau adalah manusia terpilih untuk datang kesini. Itu sebab kau ada di sini, beri papan digital kau pada aku sekarang, " arah orang tua itu. Si busuk terus menyerahkan tanpa bersoal panjang. Dia makin pening. Dia panik. Orang tua itu menekan butang di salah sebuah mesin yang ada di ruang tamu rumahnya. Tiba-tiba terpancar imej di layar yang disangkutkan di dinding rumah itu. Si busuk amati imej yang terpapar di layar itu. Itu adalah imej dirinya yang sedang menghalakan botol dikemaluannya. Eh, ini bukankah itu perkara yang dia lakukan tempoh hari?
"Orang baik makin pupus di zaman kau anak muda, terlalu banyak kemungkaran yang ada, tapi kamu semua manusia lakukan perkara itu dengan rasa cool. Tak faham aku. " orang tua itu memandang si busuk sekilas. Kelihatan si busuk sedang menguis kakinya ketakutan. Orang tua itu kembali menyambung bicaranya,
"Sebagai peringatan, aku tinggalkan engkau disini  supaya  kau belajar melakukan kebaikan tak kira lah dengan sesiapa, satu perkara lagi kau perlu ingat, setiap perbuatan baik buruk kita didunia ni ada balasannya," tanpa menanti jawapan daripada si busuk, orang tua itu terus menekan suis kedua mesin. Sebuah kerusi meluncur laju melanggar punggung si busuk. Si busuk terduduk di atas kerusi dan tangannya di gari pada pemegang kerusi itu. Orang tua itu menekan menekan angka 1330 di papan digital milik si busuk dan serta merta si busuk hilang.
"Padan muka kau, kau kencing aku lagi ya" kata orang tua itu sambil ketawa berdekah-dekah.

Si busuk tersedar daripada khayalnya. Dia memerhatikan sekeliling. Dia masih di tempat yang sama. Di bawah jambatan lama berdekatan dengan parit yang sudah keruh airnya. Si busuk tidak hairan dengan semua itu. Asalkan dia ada tempat untuk berehat pada waktu malam selepas seharian dia penat mencari apa apa untuk dimakan. Pagi itu si busuk pergi ke pekan. Dia hendak mencari makanan kerana sudah seharian dia menahan lapar kerana bekalan wangnya terputus. Tetapi tidaklah dia kisah atau merungut akan hal itu. Di pertengahan jalan dia berjumpa dengan seorang tua yang sedang menjijit bunjut kain pelikat. Kelihatan orang tua itu sangat letih dan dia menunjukkan isyarat haus kepada si busuk.  Si busuk menggaru kepalanya.

No comments:

Post a Comment