Wednesday 12 October 2016

First draft

Aku marhaen biasa
Yang masih akur dengan norma
Dan memahami dunia dalam sisipan senyuman
Walau ada masanya sakit tersungkur
Ada ketika letih menurut, bosan dalam susah
Namun kekal tabah dalam menyerah.

Aku marhaen biasa,
Yang masih bahagia dalam kereta kecil. 
Sambil berbual dengan ayahnda tentang nasib
Dan menyusun masa depan yang baik2
Buat panduan semasa bertatih

Aku marhaen biasa
Yang memandang bahagia  dengan sebuah perhatian
Wang ringgit tak menjanjikan apa apa
Masa juga takkan cukup mengukur sebuah makna.

Aku marhaen biasa,
Yang tak mampu membida bahagia
Dan tak akan pernah ada idea untuk mempertaruhkan harga,untuk sebuah bahagia.

No comments:

Post a Comment