Saturday 11 March 2017

1

Puteri cantik ada temujanji hari ini. Ayahnda puteri cantik sudah pesan dari kelmarin supaya puteri cantik berdandan cantik dan merapikan diri sebagus mungkin. Temujanji kali ini bukan temujanji biasa. Hal ini melibatkan hubungan dua negeri. Ayahnda puteri cantik mahu puteri cantik mengenali anak raja dari negeri sebelah dan berkahwin. Untuk kepentingan ayahnda puteri cantik dan negaranya juga. Puteri cantik peduli apa semua tu. Yang penting dia perlu kelihatan lebih cantik daripada hari-hari biasa. Dengarnya anak raja negeri sebelah kacak orangnya dan suka main sukan angkat berat. Mesti sasa! Usai puteri cantik berdandan, beliau memanggil dayang istana untuk meminta sepatu.
"Oi dayang, bawa kemari sepatu beta yang kaler pink rose gold tu. Beta mahu pakai ini hari,  "
Dayang istana yang sedang membaca buku puisi-puisi punker sambil mendengar lagu-lagu Ramones itu terkejut apabila melihat puteri cantik muncul dihadapan bilik.
"Baik tuan puteri, akan patik usahakan untuk mencari sepatu itu," katanya perlahan.
Sedang dayang istana itu sibuk mencari sepatu yang diminta oleh puteri cantik, puteri cantik datang menghampirinya dari arah belakang.
"Ko ni cantik juga, sekali pandang macam misha omar pun ada. Sayangnya ko ni selekeh teruk. Tertutup kecantikanmu,"
Dayang istana yang sedang leka mencari kasut terkejut dengan kata-kata puteri cantik.
"Eh tak la, beshe beshe je tuan puteri"
Puteri cantik terdiam sambil berfikir sesuatu.
"Apa kata beta make over ko hari ni. Ko teman beta jumpa putera raja negeri sebelah sebentar lagi. Takdelah beta nervous sangat nanti"
"Tak mengapa la tuan puteri, tak layak rasanya patik teman tuan puteri. Patik ni dayang beshe beshe je," kata dayang istana itu sambil menggerakkan kedua tangannya tanda tidak bersetuju.
"Shutt! Talk to my hand. Kalau beta nak, beta tetap berkehendak. Dah cepat cari kasut beta. Nanti beta siapkan ko," tuan puteri terus keluar daripada bilik. Dayang istana tadi menggaru garu kepalanya yang memang kerap gatal akibat salah guna shampu.

No comments:

Post a Comment