Sunday 18 December 2016

Selamat ulangtahun, boi

Selamat ulangtahun, kekasih
Hari ini tepat kau berusia dewasa
Mengiringi usia kisah kita
Melalui kehidupan yang pancaroba
Suka dan duka berganti sentiasa

Selamat ulangtahun, kekasih
Doaku moga tuhan kekal menjaga
Mengatur langkahmu supaya berjaya
Mengabulkan impianmu selama ada
Mengusir resahmu dikurniakan bahagia

Selamat ulangtahun, kekasih
Tidak mampu aku janjikan jauhar dan manikam di ulangtahun mu
Cuma sebuah puisi dan segenap rasa cinta
semoga setiap niat sucimu tidak dipersendakan masa.

Selamat ulangtahun, kekasih
Moga lanjut usia dan baik2 sahaja
Kelak nanti kita dikurniakan kesabaran
Mempersiapkan lembaran baru untuk  masa depan
Pada ketika itu kita sudah berpimpin tangan
Untuk sebuah kehidupan menuju tuhan.

Selamat ulangtahun ,kekasih

No comments:

Post a Comment