Sunday 18 December 2016

2013

Dia cuba membuka matanya dengan perlahan. Kepalanya masih terasa berdenyut akibat dipukul menggunakan sebatang kayu besbol tadi. Dia mengamati segenap ruang disekelilingnya. Dia rasa terasing dan takut. Kamar itu suram dan hanya bercahayakan sebatang lilin sahaja. Di sekeliling dinding kamar  penuh dengan poster -poster wajahnya ketika beliau berkempen pilihanraya sempena memilih pemimpin di daerah batang betik pada dua tahun yang lepas. Di manakah dia sebenarnya? Seingatnya tadi dia sedang duduk di halaman rumah sambil membaca surat khabar. Mengapa sekarang kaki dan tangannya diikat dan dia diletakkan di dalam kamar ini?

Selang dua minit dia termangu, tiba-tiba kedengaran derapan tapak kaki seseorang. Pintu kamar itu terbuka. Dalam kesamaran cahaya dia dapat lihat sebatang tubuh manusia yang tidak pasti jantinanya. Wajah manusia itu ditutup dengan topeng putih dan berpakaian serba hitam. Dia cuba untuk bersuara tetapi mulutnya diikat dengan kain. Manusia itu datang mendekati dan membuka ikatan kain di mulutnya. Baru dia rasa selesa . Sambil meronta -ronta dia bersuara,
"Weh sial! Siapa kau ha? Kenapa kau ikat aku? Lepaskan aku!!!!" Teriaknya dengan lantang. Manusia itu tidak memperdulikan jeritannya dan terus keluar daripada kamar itu. Selang beberapa saat manusia itu muncul semula dengan membawan sebilah parang. Dia kaget. Takkan manusia itu mahu bunuh dia? Dia perlu cepat lari daripada manusia ini tetapi kaki dan tangannya sudah diikat. Ah sial!
"Oi lekaki tua! Tahu kenapa kau ada kat sini?" Manusia itu tiba-tiba bersuara sambil jalan mundar-mandir  dan membelai parang di tangannya.

"Mana aku tahu! Lepaskan aku lah celaka aku tak ada masalah dengan kau. Lepaskan aku!!"Dia berteriak lantang lagi. Tanpa belas kasihan manusia itu terus mennyepak perut dan mukanya beberapa kali sambil ketawa kuat.
"Hahaha alahai pemimpin yang korup, takut juga kau dengan parang ya. Ingatkan manusia jenis kau ni tak takut semua perkara. Eh, apa ni? Busung ya perut kau? Mesti banyak hasil haram dalam perut ni kan. Hahaha" manusia itu ketawa berdekah sambil memainkan parangnya di perut dia. Tiba-tiba secara drastik dia meludah muka manusia yang ditutupi dengan topeng itu berkali kali
"Babi!, jaga mulut kau. Aku tak ada masalah dengan kau jadi lepaskan aku sekarang!" Dia bersuara perlahan sambil menahan kesakitan akibat disepak manusia tadi. Dia masih ego. Manusia itu bangun dan mengelap ludah yang mengenai topengnya. Dia ketawa lagi dan bersuara "aku boleh lepaskan kau lelaki celaka. Tetapi tak semudah itu. Kau harus menjawab pertanyaan aku dengan jujur. Setiap jawapan kau yang tidak benar aku akan potong salah satu anggota badan kau"

"Tanya saja dan selesaikan cepat. Aku takda masa nak berlama disini," jawab dia dengan angkuh. Manusia itu mundar-mandir dihadapan dia sambil bermain dengan pedang itu.

"Mana perginya engkau ketika penduduk sini memerlukan kau? Dua bulan sudah 50 buah rumah terbakar akibat lintar pintas, kami perlukan kau untuk menyuarakan polemik yang kami hadapi " Manusia itu menyoal dengan serius. Tubuh badannya statik mengahadap dia yang lemah diikat.
"Aku ada dan aku dengar tiap kemaslahatan kamu semua. Aku cuba solusikan hal ini. Hal ini masih lagi dalam proses dan aku sedang selesaikan", ucap dia dengan tegas. Manusia bertopeng itu mara kehadapan dia dan melibas tangan kanan dia menggunakan parang. Tangan kanannya jatuh terkulai. Darah memancut banyak memenuhi lantai kamar. Dia meraung kesakitan.
"Bohong! Dasar lelaki tua penipu! Kenapa mereka masih merempat tidak mempunyai tempat berlindung jika kau menjalankan tugas kau? " manusia bertopeng itu menjerit lantang. Dia sudah terkulai lemah.
"Soalan kedua aku, mana perginya segala peruntukkan untuk memajukan kawasan ini? Kenapa tiada perubahan sepertimana manifesto yg kau janjikan ketika pilihanraya?" Manusia bertopeng masih galak menyoal. Dia memandang manusia bertopeng dengan lemah,
"A..aaakuuuu bu...at....."
Zap! Tanpa sempat mengahabiskan ayatnya manusia bertopeng itu melibas tangan kiri dia sehingga putus. Dia meraung dengan kuat lagi. Air matanya tak henti-henti mengalir. Dia rasa cukup terseksa.
"Ok lah, ini soalan terakhir. Malas nak tanya banyak-banyak. Buang masa aku saja. Kenap kau curang dengan mak aku? Kenapa kau tipu mak aku? Kenapa sial?!!!"
Dia terkesima. Dengan rasa sakit yang masih bersisa dia cuba mendongak kepalanya memandang lelaki bertopeng itu.
"A...dakah kau.... Zafran?"
Zap!! Manusia bertopeng itu terus memenggal kepalanya. Tubuh badannya terkulai lemah tanpa kepala. Darah memancut memenuhi ruang kamar. Zafran membuka topengnya. Dia mengelap darah dan membungkus mayat dia. Bukti ini perlu dilupuskan. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang perbuatannya. Sebelum keluar meninggalkan kamar dia sempat berbisik pada guni yang dibawanya,
"Iya ayah, aku zafran."

No comments:

Post a Comment